Friday, October 3, 2008

Rangka Jawapan Soalan Percubaan 1 BM2 (2008)

RANGKA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 (BAHASA MALAYSIA 2)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Bahagian A
1. Pendahuluan
Konsep menghijaukan negara- mewujudkan suasana hijau dengan menanam pokok-pokok dan membina taman-taman.
Alam sekitar merupakan aset penting – melindungi alam sekitar perlu untuk menangani masalah pencemaran.
Terdapat pelbagai langkah yang wajar dijalankan untuk menghijaukan alam sekitar.
Isi-Isi:
1. Memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar – Akta Perancangan Bandar dan Desa – mengetatkan undang-undang dan mengawal penebangan pokok – mengawal aktiviti pelupusan hutan.
2. Mengadakan program menanam semula pokok/menambah jumlah pokok-meningkatkan kesedaran melindungi/memulihara alam sekitar –syarikat pembalakan wajar menanam semula pokok yang telah ditebang.
3. Menubuhkan Jabatan Landskap Negara- pelan induk jabatan- mengambil alih tugas untuk memelihara dan memulihara landskap negara –merancang dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan alam semula jadi dan menghijaukan Negara.
4. Mengadakan kempen kesedaran – menggalakkan rakyat dan syarikat swasta menanam pokok di kawasan rumah atau pejabat- memelihara dan memulihara alam sekitar –kerjasama agensi kerajaan dan pihak swasta menanam pokok di kawasan perumahan/taman
5. Mewujudkan lebih banyak taman rekreasi di kawasan bandar – menanam pelbagai spesies pokok dan bunga di taman tersebut- secara tidak langsung akan menghijaukan kawasan bandar – memupuk minat masyarakat terhadap suasana kehijauan.
6. Mendidik masyarakat melalui pendidikan di sekolah – tema dan topic pembelajaran serta aktiviti kokurikulum tentang pemeliharaan alam sekitar perlu diberi perhatian- memupuk semangat cinta akan alam sekitar.
Kesimpulan
v Kerjasama/komitmen semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan hasrat ini.
v Usaha ini turut merancakkan industri pelancongan negara.
v Menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.
2. Pendahuluan
Ø Teknologi maklumat (IT) merupakan suatu elemen penting dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebuah Negara maju.
Ø Direalisasikan melalui projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC) –melibatkan beberapa aspek peningkatan IT di Negara ini.
Ø Beberapa kepentingan dan langkah-langkah untuk menjayakannya telah dikenal pasti.
Isi-isi:
1. Menghantar dan menerima maklumat dengan pantas- maklumat-maklumat penting dapat disebarkan dengan pantas- memudahkan urusan kehidupan manusia- segala-galanya berlaku dengan mudah dan pantas
2. Manusia memperoleh ilmu pengetahuan tanpa sempadan – dapat mengakses pelbagai bidang ilmu di mana-mana sahaja- dapat mempelajari pelbagai perkara dalam masa yang singkat –ilmu di hujung jari.
3. Mewujudkan pusat dagangan tanpa sempadan – pelbagai barangan dan perkhidmatan –urusan perdagangan menggunakan internet – memudahkan urusan perdagangan dengan sistem e-dagang.
4. Mewujudkan kerajaan elektronik (e-kerajaan) –pentadbiran menjadi lebih cekap dan bersistematik –pentadbiran menjadi lebih efisien dan efektif –mengurangkan karenah birokrasi –menjimatkan masa dan kos –menaikkan imej kerajaan.
5. Memajukan pelbagai sektor ekonomi negara – penggunaan IT dalam proses pengeluaran produk dalam sektor perkilangan dan pertanian lebih efisien dan cepat- pengeluaran dapat ditingkatkan –menjana lebih banyak pendapatan.
6. Mewujudkan bidang pendidikan tanpa sempadan –sistem pendidikan menjadi lebih menarik- sistem pendidikan menjadi lebih menarik- Sekolah Bestari – pembelajaran dan pengajaran menggunakan internet – mengakses pelbagai maklumat –hubungan pendidikan negara dengan negara luar.
Kesimpulan
v IT penting kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan muda bagi memacu negara ke arah negara maju pada tahun 2020.
v Pihak kerajaan dapat memperluas penggunaan IT dalam pelbagai bidang.
v Semua pihak perlu bersedia menerima pembaharuan dalam kehidupan.

3. Pendahuluan
Kini, warga tua dikatakan membebankan dan menimbulkan pelbagai masalah kepada anakanak, tetapi mereka perlu sedar bahawa warga tua merupakan asset berharga dalam masyarakat dan merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat.
-Masalah ini perlu diatasi segera supaya warga tua berasa diri mereka masih diperlukan oleh masyarakat.
Isi-isi:
Permasalahan:
1. Penjagaan dan Kesihatan-berpenyakit dan sudah tua
2. Masalah pengemis tua.
3. Perbelanjaan/ Kos hidup tinggi (perubatan)
Cadangan Langkah:
1. Kepimpinan belia perlu diperluas untuk menyedarkan golongan muda bahawa mereka mesti menghormati, melindungi, menjaga kebajikan warga tua. Kempen menghargai jasa orang tua perlu diadakan untuk menyedarkan golongan remaja/ pemuda menghargai budi jasa orang tua mereka yang bertungkus lumus membesarkan mereka.
2. Pelaksanaan dan penguatkuasaan Dasar Warga Tua.
3. Penglibatan warga tua dalam aktiviti sosial secara teratur untuk mengurangkan kemurungan mereka. Rukun Tetangga di kawasan tertentu harus bergiat secara aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti social yang melibatkan golongan tua, seperti kelas memasak, kelas tai chi, dan sebagainya.
SETIU 6 Ogos - Pejabat Daerah Setiu melaksanakan satu program unik bagi membantu golongan warga emas di daerah itu meningkatkan pendapatan dengan menubuhkan sebuah pusat urutan tradisional untuk mereka usahakan. Pusat rawatan alternatif yang dikenali sebagai Pusat Urutan Tradisional dan Mandi Wap di Kampung Nyatoh di sini menawarkan 10 khidmat tukang urut lelaki dan wanita berusia antara 50 hingga 62 tahun
4. Pendahuluan
-Industri pelancongan perlu dimajukan kerana industri ini berpotensi untuk meningkatkan ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan.
-Hal ini memandangkan negara kita mempunyai tempat menarik yang dapat dikunjungi oleh pelancong asing
Isi-isi:
1. Melancarkan program Tahun Melawat Malaysia
2. Menganjurkan lebih banyak sukan bertaraf antarabangsa untuk menarik pelancong asing.
3. Pihak swasta dan agensi pelancongan perlu merancang strategi untuk meningkatkan kemudahan dan prasarana pelancongan.
4. Menjalin kerjasama dengan Negara serantau dalam bidang pelancongan bagi menarik pelancong Thauland, Singapura, dan Indonesia singgah di Malaysia.
5. Semua rakyat perlu berganding bahu, bekerjasama, mengembleng tenaga untuk menjayakan industri pelancongan.
Kesimpulan:
Industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara ini.
Semua pihak perlu memainkan peranan yang berkesan untuk menarik pelancong asing.

Bahagian B

Isi
Huraian
Isi Utama
1. Era 1990-an, Malaysia telah dilanda kegawatan ekonomi yang teruk. Banyak syarikat tidak dapat beroperasi dengan lancar.
2. Termasuklah syarikat penjual kereta terpakai.
3. Kereta terpakai sukar dijual dan masalah ini juga mencabar keupayaan kita untuk mengatasinya.
Isi Sokongan 1
Punca
1. Pinjaman pembiayaan oleh syarikat kewangan di negara kita kini tidak begitu menggalakkan pembelian kereta terpakai.
2. Kadar faedah pinjaman yang rendah dan tempoh pembayaran balik yang lebih panjang menarik minat orang ramai untuk membeli kereta baharu.
Isi Sokongan 2
Punca
1. Kebanyakan orang mempunyai tabiat suka menukar kereta lama kepada kereta baharu
2. Enjin kereta lama semakin kurang efisien, penggunaan minyak bagi kereta lama lebih tinggi mengakibatkan banyak wang diperlukan untuk menyelenggarakannya.
Isi Sokongan 3
Punca
1. Reka bentuk kereta terpakai juga banyak yang sudah ketinggalan zaman
2. Teknologi kereta terbaharu lebih tinggi dan reka bentuknya dapat memenuhi cita rasa golongan muda.
Isi Sokongan Langkah
1. Kereta terpakai yang masih baharu boleh dieksport ke negara-negara tertentu.
2.Langkah ini untuk mengurangkan lambakan, malahan berkemungkinan memberikan keuntungan yang lebih lumayan
Isi Sokongan 5
Langkah
1.Komponen-komponen kereta yang masih baik juga boleh diasingkan dan dijual sebagai komponen alat ganti
2. Komponen seperti ini boleh mendapat pasaran, seperti komponen kereta Volkswagen
Kesimpulan
1.Pertambahan jumlah kereta terpakai di negara kita merupakan suatu realiti/kenyataan.
2. Kita tidak seharusnya menuding jari kepada pengguna atau penjual kereta terpakai.
3. Mencari jalan penyelesaian yang berkesan agar negara kita tidak dipenuhi oleh lambakan kereta yang telah berusia lanjut.


Bahagian C
6. Rangka Jawapan:
Dengan suara yang lembut, Ana memujuk ibunya supaya memakan ubat. Emaknya cuba membantah sambil memusingkan mukanya ke sebelah kanan dan ingin mengetahui waktu dia tidak perlu makan ubat lagi. Ana terus memujuk ibunya dengan menjelaskan bahawa ibunya perlu makan ubat sehingga sembuh. Menurut Ana, jika ibunya rajin makan ubat, dia akan cepat sembuh. Sambil mengeluh, ibunya memberitahu bahawa dia sudah berasa jemu untuk makan ubat. Seterusnya, mak Ana mengeluh bahawa tekaknya berasa pahit dan dia berasa tidak berselera untuk makan.
Halim yang berdiri di sebelah Ana mengangkat kepala ibunya. Halim membantu Ana untuk memujuk ibunya dengan meminta ibunya memakan ubat itu. Dia menyuapkan ubat itu perlahan-lahan. Halim menambah bahawa sekiranya emaknya sihat, dia boleh duduk dan hati mereka sebagai anak pun senang melihatnya.
Mendengar suara Halim yang merupakan anak tunggal lelaki emak, emak melembutkan tengkuknya lalu membuka mulut. Hal ini memudahkan Halim menyuapkan ubat. Pada masa yang sama, Ana dan Halim mengatakan bahawa hal seperti itu adalah baik. Emak tiba-tiba bersuara dan ingin tahu tentang anak sulungnya. Dia ingin tahu tempat Nora berada pada waktu itu dan ingin tahu sama ada Nora akan datang atau tidak untuk menjengkuknya. Menurut ibu, dia sudah lama tidak berjumpa dengan Nora.
Sambil mengusap rambut ibunya. Ana memberitahu bahawa Nora telah menelefonnya dan memaklumkan bahawa Nora akan datang pada petang itu bersama-sama dengan anak-anaknya. Ibu ingin tahu sama ada Hassan akan turut datang atau tidak. Halim menjelaskan bahawa Hassan tidak dapat datang pada minggu itu kerana dia ada tugas penting di luar negeri. Pada minggu hadapan, Hassan akan pulang dan datang menjengkuk emak. Emak amat berharap semua anaknya akan datang kerana dia amat rindu akan mereka.

7. Rangka Jawapan
Setelah melihat Kiah membisu di sebelahnya, Rosalind mengajak mereka makan bersama-sama. Pak Karim ingin tahu tempoh Mazlan bercuti. Ia bagaikan tidak ingin membiarkan suasana sepi. Sambil mencedok sesudu santan dan menuangnya ke atas nasinya, Mazlan memberitahu bahawa dia tidak bercuti. Pak Karim berhenti mengunyah, dan dia ingin tahu hal sebenarnya. Matanya tertumpu ke wajah anak dan menantunya. Mazlan menjelaskan bahawa mereka terpaksa pulang pada petang itu juga. Sambil mengarahkan matanya ke arah Mazlan, Pak Karim ingin tahu sebabnya. Dengan bersahaja, Mazlan mencelah dan mengatakan bahawa mereka telah dijemput untuk menghadiri parti di rumah Datuk Norman pada hari esoknya. Menurutnya, disebabkan hal itu, mereka terpaksa pulang pada petang itu juga.
Sambil kembali mengunyah, Pak Karim ingin tahu sekiranya hal itu tidak boleh ditangguh. Mazlan berpaling memandang isterinya. Rosalind terhenti menyuap nasinya. Pandangannya tertumpu ke wajah Pak Karim. Wajah orang tua itu sugul dan tunduk. Bagi Rosalind, Pak Karim amat payah untuk mengunyah dan menelan nasinya. Sambil menjeling sejenak ke arah suaminya, Rosalind menyampuk dengan mengatakan bahawa Mazlan terlalu memberikan perhatian tentang parti itu sehingga lupa akan pesanan ayahnya. Mazlan bagaikan tidak mendengar. Rosalind memandang Pak Karim, kemudian memandang suaminya semula. Sambil menjeling suaminya, Rosalind mengatakan bahawa kalau pun Datuk Norman menjemput Mazlan, tidak bermakna Mazlan tidak boleh menolaknya dengan baik. Menurutnya, Mazlan boleh memberitahu bahawa dia ada urusan mustahak di kampung.

No comments: